Friday, July 10, 2009

PhD writing retreat @ Vaughan Park

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dalam lembah PhD Writing Retreat ni. Kalau ikut perancangan asal, mmg la aku akan pergi trip bulan Julai. Tp disebabkan dept lambat bagi nama (because the retreat is partly funded by the dept, the other half paid by hmmm...ntah, tak sure plak aku), list dah penuh maka tercampaklah aku ke bulan 11 dgn penuh kerelaan. Tup tup katanya ada kekosongan. Dalam kesamaran (ye la... dapat tau pun dalam 2-3 minggu sblm pegi), aku pun setuju jer la (ditambah dgn nasihat pakar iaitu Akmalia). Maka pergilah aku ke writing retreat ini bermula 6 hingga 9 Julai 2009 di Vaughan Park, Long Bay, Auckland. Tinggallah Irfan dan ummi di rumah berdua2an...


Dengan berbekalkan kasut baru yang dibeli di Warehouse (kasut lama dah bocor tapaknya..so bila hujan mmg basah lencun stokin) dan juga beg baru yang dibeli di tepi escalator dalam bangunan Westfield yang menempatkan Warehouse tu (sbb beg yang ada besar2 belaka. Selainnya beg sandang), aku pun merencanakan goals untuk 4 hari tersebut. Tapi taklah tinggi...Cuma kalau dapat siapkan literature review (yang sekian lama tak berkesudahan tu) pun dah cukup bagus. Masa pergi, aku tumpang kereta Rong Gong yang masih lagi dalam musim bulan madu sbb baru jer beberapa hari kahwin. Setibanya di sana (dalam lebih kurang 30 - 45 minit), kami ditempatkan di common room sementara tunggu check-in slps lunch. Aku apa lagi, terus membuka laptop dan menaip seadanya. Then, break for morning tea sblm diorang (diketuai oleh penghulu program iaitu Jim) ajak jln2 tepi pantai memandangkan cuaca ok. Aku yang berbelah bagi ditelan mati emak, diluah mati bapak (sbb dah program dalam kepala otak mesti nak menaip), pun turutlah ikut serta. So, gambar2 kat sini banyak amik masa 1st day tu la! Amik gambar pantai, gambar pelangi, gambar lembu hitam putih (tak NZ la kalau takde gambar ni), gambar orang tua bergayut kat mainan budak2 dsb. Pendek kata, macam2 ada! Hahahaha...

Selepas lunch, terus check-in. Bilik sorang satu dalam rumah yang dilengkapi mesin basuh, dryer, kitchen, 2 bilik air dan living room. Cuma TV & internet jer takde. Oklah, bukan ada masa pun nak layan. Dalam bilik mcm biasa la. Ada sinki sekali - senang sket nak amik air sembahyang. Nape aku buat kerja dalam bilik ah? Lebih selesa. Mmg la dalam common room tu ada disediakan meja. Tapi satu meja tu share dua org. Aku kalau nak menaip, bukan setakat meja. Atas lantai, atas katil semua penuh artikel (exaggerate je lebih!). Lagipun lebih privacy drpd dok ngadap orang lain ketap ketup mengetuk keyboard memasing. Hilang idea nanti, chewah!


Hari pertama, semua berjalan seperti dirancang. Laju terasa tangan ini menaip butir2 kata. Masuk hari kedua, pagi tu ok. Tapi bila masuk petang, mula rasa tak keruan. Nak menaip rasa mengantuk, nak tidur terasa panas (sbb bilik tu kena direct sun light. Panas terik terasa bilik). Pelik bin ajaib sbb katanya winter!! Masuk malam semakin gabra sbb rasanya banyak lagi tak settle. Tapi alhamdulillah, blur tak lama. Hari ketiga, aku memaksa diri aku untuk membuang segala artikel yang aku rasa tak mampu faham dalam masa yang singkat. Lagipun, hanya untuk proposal. Bukan thesis lagi pun! Apa yang nak beriya sangat? Hehehe... Hari ketiga merupakan hari paling produktif. Momentum yang sama diperolehi pada hari keempat...Alhamdulillah!

Lepas lunch hari keempat (walaupun aku tak gi lunch sbb sibuk sgt touch up literature review aku), kami pun bertolak pulang. Memandangkan Rong Gong dah cabut hari sebelumnya (tak sabar sgt dah nak jumpa isteri la tu!), so balik aku tumpang kereta Sha. Tetiba, bateri kereta Sha plak kong. Terpaksa panggil pakcik insurans. Setelah men'jumperstart'kan kereta (sempat lagi aku tanya rega benda alah tu...Katannya $150), kami pun bertolak pulang ke rumah (sambil dalam hati nyanyi lagu Balik Kampung o o o balik kampung... dgn mata yang dah kuyu)


So kesudahannya, tercapai tak matlamat? Ok la...sempat la aku menaip 50-plus page of literature review. Erk, bukannya semua taip masa tu. Ada bekalan yang dah dibawa dari rumah. Tu pun aku rasa bakal bertambah lagi sbb ada tu aku main taip jer tanpa properly buat in-text citation. At the moment, aku nak biar jer panjang2. Biar supervisors tengok dulu then decide which is relevant and which is not. Nanti aku beriya2 potong sana sini kang tak sampai maksud nanti. Nanti diorang baca ibarat menadah gerimis di langit ketujuh sedang kutahu ia hanya suatu persinggahan! (ah, mmg tak masuk pun perumpamaan ni). Hehehe... Tapi kalau ada retreat lagi selepas ini, aku rasa biarlah aku retreat di rumah saje... :-)

5 comments:

AzD said...

vah vah vaah, writing pun ada retreat. apsal school aku tak buat ek..

bakhtiarazi said...

PhD club yang anjurkan... Pastu free plak.

Yang bestnya, bila tepon pomen nak gi baiki kereta tu, member aku sebut la nama tempat tu as 'vogen'. Pastu, leh plak pomen tu tak tau tempat tu. Siap suruh eja lagi. Then dia kata 'it's not pronounced as vogen, but instead von!'. Pembaziran huruf btol.

No wonder Whangarei bunyi Fanggarei, Ponsonby bunyi as 'bee' kat hujung sedangkan Symonds tak plak dibunyikan 'seemon'. Complicated!

Asiah said...

tahniah berjaya menulis more than 50 pgs of lit rev... it's really challenging nak menulis nih..

hahaha..kelakar la those 'pembaziran huruf' and 'complicated' pronunciation...

CuMaN said...

best best best!!!!! nk pi nu zilen jugek (tp bab jenjalan ja larr.. bab menulis tu harus ditolak jauh2 sbb najis mutawasithoh)

bakhtiarazi said...

Kak Asiah: Cabaran nak memendekkan literature review tu nanti (utk proposal) rasanya lebih hebat! Hehehe...

Cuman: Kitab mana yg ko rujuk sampai mutawasithoh maqamnya ni? Setau aku, mukhaffafah je. Tekap2 dgn air dah ok ;p