Thursday, October 29, 2009

Pada Suatu Hari Di Hujung Minggu (Part II)

Sedutan episod lalu (ceh, ada sedutan2 plak!),

"Ketepikan semua itu, hujung minggu lalu, aku telah menyewa kereta untuk kami sekeluarga berjalan di sekitar Auckland...Destinasi pertama ialah Kelly Tarlton's Underwater World...Selesai di Kelly Tarlton's, kami pun meneruskan perjalanan ke Ambury Park... Perjalanan pun diteruskan ke One Tree Hill...Namun, ada sesuatu yang berlaku petang tu yang menyebabkan aku hilang mood untuk meneruskan perjalanan"

Hmmm...masa nak parking kat Wilson aritu, tak semena2 aku terlanggar palang besi tepi nak naik ke level 3. "Pop!" bunyi masa aku terlanggar tu. Ingatkan terlanggar botol plastik. Rupa2nya, rim yang disaluti PVC tu yang bunyi "pop!". Pastu terperasan plak ada calar2 halus kat bumper kiri depan. Bila dah mcm tu, aku check la plak ke seluruh pelosok kereta. Boleh plak terperasan ada calar yang boleh kira dahsyat kat bumper depan di bahagian bawah. Maka banyaklah persoalan2 yang timbul. Yang paling pening, mcm mana nak explain kat tokei kedai kereta tu. Yang pastinya, maksimum $300 sudah pasti melayang kalau dia kata mmg aku bersalah. Aduiiii.... Tu yang rasanya nak hantar jugak kereta petang tu dan naik bas je ke Albany esoknya. Tapi hasrat tersebut terbantut dan kami decide untuk pulangkan kereta setelah selesai urusan di Albany (wpun patutnya pulang pagi Isnin, tp sebab hati dah tak sedap punya pasal). Pulang ke rumah, aku still tak boleh lupa, hinggalah tiba waktu tidur....

Esoknya, aku dah boleh terima hakikat yang aku telah melanggar palang tersebut. Hidup perlu diteruskan!!! <= kiranya ni moto masa tu la :p. Disebabkan kami malas nak tersesat2 dsb, maka jam 10.00 pagi kami dah bertolak dari rumah untuk ke Albany. Ke Albany tidaklah sesusah jalan nak ke Ambury Park. Once dah masuk Motorway, sonang baitu nak cari jalan. Disebabkan sampai terlalu awal (janji dgn En. Piah pkl 12.00), kami pun singgah ke Westfield Albany. Wah, kami dah mula jatuh cinta dgn Albany. Dah la jalan rayanya tidak sibuk (ataupun kebetulan kami pergi hari Ahad?), ada pulak shopping complex yang besar. Hehehehehe.... (p/s: Aku suka berjalan2 je, bukan membeli pun! Nak kata window shopping pun bukan!). Di Westfield, kami membeli sedikit buah tangan untuk En. Piah dan juga Ajeep. Irfan? Nak elakkan melalak, kenalah bagi gak. :D



Setelah penat round satu Westfield, dalam pukul 11 lebih (erk, laju tu round!), kami pun bertolak ke rumah En. Piah. Nampak rumah mereka, makin kami jatuh cinta dgn Albany. Oh, sblm itu, En. Piah ni aku kenal sejak buat medical check-up untuk apply visa di Kuantan lagi. Masa kami sampai di poliklinik tu, kelihatan En. Piah sedang mengisi2 borang di belakang kereta Wiranya seraya dalam hati pun berkata "Ish, ni mesti nak buat medical check-up gak. Baik aku cepat2 masuk klinik". Hehehehe... Maklumlah, buatnya bukan sekejap. Kena hantar sana sini lagi. Lgpun kami ni dah la dari Muadzam. About 99km dari Kuantan. Kenalah buat lekas2. Di klinik tu mula2 kami bertegur sapa dan tahulah memasing nak pergi ke mana. Pastu, sangkut tang visa pun sama2 gak. Hehehehe... Tak boleh lupa perasaan penuh kegusaran time tu.

Berbalik pada kunjungan ke rumah En. Piah, kami ingin ucapkan terima kasih la sbb sudi menerima kunjungan kami di penghujung bulan Syawal tu. Sampaikan En. Piah terpaksa menahan godaan nasi lemak yang dimasak Cikgu Nida sbb nak cukupkan Puasa Enam. Terima kasih juga Cikgu Nida yang memaksa aku tambah sampai 2 kali (maksudnya 3 pinggan!). Biasanya aku mmg makan 1 pinggan jer. Tp sbb dah diugut untuk dikenakan perintah berkurung kalau tak habiskan makanan, terpaksa la aku mengendurkan sikit perut untuk memasukkan butir2 nasi. Boleh tak alasan macam ni? Hahahahaha.... Gambar mereka sekeluarga tak pulak kami ambil. Tp senang je... Pergilah ke blog En. Piah dan Cikgu Nida untuk menatap wajah2 mereka yang sakan berposing sejak di Auckland ni. Hehehehe....

Selepas selesai solat zuhur, kami pun bertolak ke rumah Ajeep yang baru menerima kehadiran cahayamata yang pertama. Ajeep ni plak ntah macam mana aku dapat rasakan yang dia orang Johor. Macam pernah terjumpa tapi tak pasti di mana. Sekali ditanya mmg betul dia asal2 dulu dari Muar tp dah tinggal lama di KL (erk, btol ke fakta aku ni Jeep? Hehehe...). Betullah org cakap, hanya orang Johor yang dapat mengesan bau2 tempe orang Johor yang lain :p Masa nak pergi rumah Ajeep tu, kami bawak slow gila sbb nak check nombor rumah yang pada pandangan mataku yang rabun ni, terserlah kekecilan saiznya. Malangnya, by the time kami perasan tu, kami dah terlepas manakala kereta di belakang dah berduyun2. Nak tak nak terpaksa la aku drive ke depan sehinggalah nampak satu simpang, aku pun masuk. Rupa2nya, ada jugak kereta yang mengekori di belakang. Mujur ada satu rumah tu, dia macam ada entrance dan exit, maka pusinglah aku kat rumah orang tu dgn muka selamba tanpa memberi "kia ora" apatah lagi salam.

Tahniah pada Ajeep dan Dina sekali lagi atas kelahiran cahayamata penyeri keluarga. Putih melepak tgk Zikr (nama anaknya). Yati ngan Irfan la yang dok tgk baby. Manalah tau melekat kannnnnn..... Hehehe... Aku pulak sibuk bersembang hal dunia dgn Ajeep di ruang tamu. Hehehe... Selepas sejam, kami pun meminta untuk mengundurkan diri sbb nak kejarkan kedai sewai kereta tu (tutup jam 5.00 petang). Dalam keghairahan nak pulang tu, tetiba.... bedebup! Bak nangka busuk aku jatuh kat tangga. Dah la masa tu tgh dukung Irfan. Nasib baik aku dah make sure Irfan tak terhempas atas jalan. Dia siap boleh gelak2 lagi ingatkan aku dok tgh wrestling dgn dia. Tp dah pesan siap2 ngan Ajeep, off-record - jgn masukkan dalam blog dia ataupun facebook. Hahahaha... Bila ingat2 balik, asyik nak tergelak jer. Ni salah spek aku la ni. Biasanya tak pakai spek, tapi time drive kena pakai, otherwise tak nampak signboards. Hehehehe... Ajeep pun ada blog untuk tgk gambarnya sekeluarga. Aku mmg dah terlupa nak ambil gambar.

Selepas itu, kami memacu pulang ke kedai kereta dan sampai tepat 15 minit sebelum kedai tu tutup. Tokei pun check2, dia kata ok. Ish, tak puas hati aku. Aku pun dgr jujurnya bagitau la yang aku terlanggar itu la, ini la... Dia replied senang je (dalam bahasa Apek Malaysia): "Haiyyaaa....tatak apa mia! Wa mana boleh tau kalau itu lu bikin atau customer lain bikin? Wa pun mau jaga wa mia customer..." Fuh, lega aku. Rupa2nya memang dah ada list untuk kata tempat2 tu mmg dah scratches. Tp yang kat rim tu mmg aku yang buat la. Moral of the story: Check dulu btol2 sebelum pinjam. Kelak tak payah nak menyeksa jiwa raga fikir tengah syok2 jalan. Hehehehe... Sejak dari itu, kami pun dengan poyonya berangan2 nak membeli kereta. Senang sket nak jalan2. Padahal tak sedar diri bukan ada duit pun. Apatah lagi bayaran parking yang cukup mahal di City ni. Hehehehe...

Sejak kami pulang daripada berjalan2 juga, Irfan mula tak sihat. Muntah, batuk & demam. So, 2 hari jugaklah dia tak pergi childcare. Duduk rumah aku dan Yati gilir2 jaga (erk, boleh caya ker aku jaga? Hehehe... Balik2 pujuk, "Irfan, tidur jom!" :p). Tapi alhamdulillah... sekarang dah sihat walafiat. Asyik nak main terjun2 couch jer. Aku ngan Yati plak yang tak senang duduk nak kena monitor. Dalam pada dia demam2 tu, sempat la jugak aku rakam videonya yang tengah main Thomas...




p/s: Tu cerita pasal kereta. Tak cerita lagi pasal mentol lampu yang aku nak tukar tp last2 terus tak boleh pusing lampu tu. Begitu juga dgn wardrobe rail yang tetiba runtuh masa kami tgh sedap tidur. Time tu baru perasan yang rail tu memang dah ada orang letak selotape. Ceh! Patut tak tahan.... Telefon tuan rumah, tuan rumah suruh tanya building manager. Telefon building manager, dia suruh tanya tuan rumah. Haaaaiiii... Nampak gaya nak kena panggil repairman la ni.

Saturday, October 24, 2009

Pada Suatu Hari Di Hujung Minggu (Part I)

Seingat aku la, kali terakhir aku pergi berjalan meneroka bumi New Zealand yang luas terbentang ini ialah pada bulan Mac hari tu masa pergi petik epal di Windmill Orchards. Mak aiiii... dah lama sangat dah tu. Masa tu pulak pergi dengan keluarga Din, Haza & Reza. Sejak tu, aku dihambat tugas2 sebagai seorang pelajar PhD - kelas, assignments, presentations, proposal, conference papers and the list goes on -, maka ungkapan2 seperti "sibuk, tak sempat, mana ada masa?, jauh, penat" menjadi teman. Kalau Irfan dah pandai cakap, mesti la dia balas balik kat aku nanti. Seingat aku juga, kali terakhir aku memandu kereta ialah pada bulan Februari - hari sebelum aku berlepas ke New Zealand. So, kali pertama memegang steering kereta selepas 8 bulan bukanlah sesuatu perasaan yang biasa2....

Ketepikan semua itu, hujung minggu lalu, aku telah menyewa kereta untuk kami sekeluarga berjalan di sekitar Auckland. Destinasi? Hahahaha... Dek kesibukan yang menghimpit (mencengkam bak cagu di ibu jari kaki :p), pagi masa nak berjalan tu baru kami betul2 decide nak pergi ke mana. Padahal kereta mmg dah book 3-4 hari awal. Dengan bantuan Google's direction dan juga map yang dibeli di convenience store, maka berlayarlah kami dgn penuh rasa kegusaran dan ketidaktentuan.... Pertama, sbb dah lama tak drive. Kedua, dah la tak biasa dengan jalan2 di sini, pergi pulak tu satu keluarga je. Tak berkonvoi...

Tengok la tu... Gaya orang dah lama tak pergi berjalan.... Mcm S Jibeng pun ada!


Destinasi pertama ialah Kelly Tarlton's Underwater World. Ceh, tempat ni bukan jauh pun. Jalan kaki pun boleh sampai (dgn kadar lemak turun sekitar 10% la tapi), apatah lagi naik bas. Tapi memandangkan memang dah buntu nak jalan ke mana, maka dekat pun dekat lah. Bayar tiket untuk aku dan Yati (Irfan free). Guna online (alah, booking pagi tu jer pun) plus kira local visitors dapatlah reduced rate $54 (kalau tak $60 untuk 2 orang). Ingatkan strict la sgt kat kaunter tu. Kitorang siap bawak passport + electricity bill untuk buktikan yang kitorang ni local visitors. Tak check pun mamat kat kaunter tu. Tak tahu la plak kalau sbb tgh queue masa tu. Masuk jer, dah ada staff kat situ "Smmmmiiillllleeeee!!!!" (amik gambar la ni).

"Eh, eh, Pingu!!" <= Irfan mmg panggil penguin Pingu. Sape ntah yang ajar.


Naik snowcat (macam cable car) untuk tengok penguin dari dekat


Irfan kalau benda2 besar mcm ni mmg dia mula la takut & tak boleh duduk diam. "Dinasour!!" katanya


Punyalah susah nak ambil shot ni. Satunya sbb camera biasa2 jer - either gegar (sbb takleh guna flash) or gelap background (kalau guna flash)


Aku pun tak tahu apa motif ambil gambar ni. Kira kreatif la konon2...




Hasil gambar yang staff kat situ ambil masa kat entrance. Free? Mana?! Kena bayar lagi $35 kalo tak silap. Tp dpt 2 gambar + background, 4 postcards, CD etc (kira bolehlah...)


Sudahnya, berbaloi tak? Hmmm... kalau untuk education (especially anak2 yang dah berumur 4 tahun ke atas), oklah. Kalau macam kami yang selalu jalan laju2 + Irfan belum nak faham lagi except Pingu (untuk penguin) + fish (semua ikan la dipanggilnya 'fish'), mungkin kena fikir jugak dua tiga kali. Lgpun except for penguins, yang lainnya tak jauh beza dgn Aquaria KLCC. I was expecting more! Sea lions ker, walrus ker, polar bear ker, baru la gempak sket. Hehehehe... Demanding la pulok!

Selesai di Kelly Tarlton's, kami pun meneruskan perjalanan ke Ambury Park. Tempatnya turun bawah sket dari Auckland. Best ke tempat ni sampai nak kena pergi? Spt yang aku warwarkan sebelum ni, perancangan nak pergi mana hanya diputuskan pagi sebelum bertolak. Tempat ni pun tahu sbb Cikgu Nida (isteri En. Piah) ada masukkan dalam blog dia. Nampak mcm best sbb ada ciri2 New Zealand kat tempat tu (apa ciri2nya pun aku sendiri tak tahu). Ah, layan jer lah! Yang penting, masa nak pergi tu, kami terlepas agak jauh juga la kat Motorway. Nasib takde tol. Hehehehe... Ni salah map la ni! :D

Sampai2 je Yati dah bukak makanan <= Kelaparan.... Tgh2 makan, sekali hujan daaaa


Irfan yang takut2 nak pegang kambing biri2


Kambing biri2 yang sungguh sporting kala diminta berposing :p


Irfan @ Ambury Park


Asalnya nak suruh Yati angkat Irfan berdiri atas frame tu. Wakakaka....




Cover kulit album terbaru saya. Sila dapatkan di pasaran2 gelap :p

Berbaloi? Hmmm... kalau sekadar nak tgk bebiri, Cornwall Park (tempat MAPSA buat gathering masa memula aku sampai) punyalah berlambak. Siap boleh bertepuk tampar lagi dgn bebiri yang bebas memagut rumput di situ. Kalau nak posing kat frame yang besar itu, kat mana2 park pun ada. Lg best, En. Piah kata, kat Long Bay (tempat aku pergi writing retreat hari tu) pun ada. Haaaaiiii... ikut memasing la. Tp kira best la dapat ala2 picnic di sini walaupun dibasahi mutiara2 hujan yang turun membasah bumi. Hahahaha...

Perjalanan pun diteruskan ke One Tree Hill. Apa yang menarik sgt? Ntah la. Katanya masa diorang buat penggambaran Amazing Race, ada pit stop yang diorang buat kat situ. So, nak tengoklah rupanya macam mana. Tempatnya bersebelahan dgn Cornwall Park. Yang ni aku jumpa description kat Wikipedia.

One Tree Hill (or Maungakiekie in Māori) is a 182 metre volcanic peak located in Auckland, New Zealand. It is an important memorial place for both Māori and other New Zealanders. The suburb around the base of the hill is also called One Tree Hill; it is surrounded by the suburbs of Royal Oak to the west, and clockwise, Epsom, Greenlane, Oranga, and Onehunga. The hill's scoria cones erupted 20,000 - 30,000 years ago, creating lava flows that covered an area of 20 square kilometres, mostly towards Onehunga, making it the largest (in terms of area covered) of the Auckland volcanic field. The summit provides views across the Auckland area, and allows visitors to see both of Auckland's harbours.


Disebabkan hari nak hujan, maka kami singgah sekejap jer di One Tree Hill. Angin kat atas puncak tu pun sangatlah kuat menambahkan lagi darjah gayat kami. Pada satu ketika, topi Irfan pun sampai terbang dek kuatnya angin.

Pemandangan dari kaki bukit (cuba cari 2 ekor bebiri yang sedang memagut rumput)


Sape kata aku dah gemuk? Cuba bandingkan aku dgn saiz benda alah (tugu ker apa ntah) ni :p

Kelihatan pemandangan Auckland yang samar2 sbb cuaca yang tidak begitu baik


Selesai di One Tree Hill, kami pun memacu pulang. Esok pelayaran kami diteruskan lagi. Kali ini ke Albany pula ke rumah En. Piah (janji sekian lama nak datang, tak datang2 jugak. Akhirnya!) dan juga Ajeep yang baru mendapat cahaya mata sblm raya hari tu. Namun, ada sesuatu yang berlaku petang tu yang menyebabkan aku hilang mood untuk meneruskan perjalanan. Di Albany pula, berlaku sesuatu yang aku sendiri nak tergelak memikirkannya. Semua ini dalam "Pada Suatu Hari Di Hujung Minggu (Part II)". Nantikan!!! (p/s: rancangan ini tak boleh dilayari dari laman You Tube :p)

Tuesday, October 20, 2009

Corat coret aidilfitri di Auckland

Bulan Syawal telah pun melabuhkan tirainya semalam. Sebagaimana sambutan di Malaysia, di Auckland juga tidak kurang meriahnya. Hakikatnya, sebulan Syawal, maka sebulan jugalah kami beraya di sini. Selain daripada MAPSA raya gathering yang telahpun dicoretkan terlebih dahulu, ada juga kenangan2 beraya di rumah rakan2 yang lain dan pastinya wajar dipotretkan di sini buat tatapan semua.

Tuan rumah: Din/Akma & Alim/Husna

Gambar makcik2 tiada sbb mereka ditempatkan di rumah Din/Akma. So, pakcik2 jer yang berposing


Tuan rumah: Suhaimi/Zakiah & Azizi/Zaimah

Irfan la paling seronok masa ni sbb dapat main2 di laman yang luas


Tuan rumah: Nazli Aziz

World class Chef! Hehehe.... :-)

Separuh Syawal yang pertama, masa dipenuhkan dgn kerja2 PhD. So, tak sempat nak merasai tibanya aidilfitri. Selesai sajer kerja2 PhD (buat masa tu la!), kami dan Kak Ema (jiran tingkat 13) pun menjemputlah rakan2 ke rumah. Memandangkan rumah kami yang hanya 36 kangkang kera ini, jemputan sekadar kawan2 di kawasan jajahan City sajer la...


Hidangan utama - roti jala & lontong...


... juga kuih raya dan kerepek buatan Malaysia :p



Yang ni awal2 dah surrender... Penat memasak!


Tok Penghulu sekeluarga - Pemenang Anugerah Tetamu Datang Paling Awal :-)


Ruang tamu tak muat, bilik tidur pun jadi...



...begitu juga di beranda!


Tau jer aku nak ambil gambar, Shah terus la posing. Hahaha...


Jun (tudung hitam + merah) paling langkah kanan <= Baru jer tiba dari Malaysia terus ngap3...


Kalau husband (Shah) berposing sakan tadi, isteri (Zati) plak sambil terbeliak mata makan kerepek.


Din & Alim terus tersandar kekenyangan

Terima kasih kepada yang sudi hadir. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis tersebut. Terima kasih juga pada rakan2 lain yang menjemput bertandang - Della & Haza - walaupun takde diselitkan gambar di sini. Jurukamera ghairah sgt nak makan sampai terlupa bawa kamera. Maaf juga dipohon kepada rakan2 yang rumahnya dimasukkan dalam blog ini tanpa kebenaran sama ada secara lisan apatah lagi bertulis. Hehehehe... Moga kita bertemu semula dengan Ramadhan dan Syawal di tahun yang mendatang...

Wednesday, October 14, 2009

Duhai bonda, duhai adinda

Sekali imbas tajuk entry kali ni, macam nak nyanyi lagu raya dendangan Mamat "Ku Pohon Restu Ayah Bonda" yang dimulakan dgn "Duhai bonda, duhai ayahanda....". Hmmm... "Duhai Bonda" dah betul, tapi kenapa pula "Duhai Adinda"? Adakah "adinda" itu seorang perempuan? Mengapakah "adinda" itu begitu relevan dalam ini cerita? Huh, penuh teka teki teka tekup ni!! Takde apa2... Sajer nak ucapkan Happy Birthday kepada 3 orang ahli keluarga yang tarikh lahirnya jatuh dalam bulan Oktober ni...

Pertama, kepada adinda Azfar @ Par - **pause kejap** - yang menyambut birthday yang ke-22 (sah2 dah tua kan?) pada 13 Oktober (semalam) dengan ucapan moga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman, cemerlang di dunia dan akhirat. Belajar rajin2. Kaulah harapan bangsa, agama dan negara. Chewah!!! Bukan Tugu Negara arr.....

Kedua, kepada bonda Badariah yang menyambut birthday yang ke-60 pada 15 Oktober (yeah, menang!!! Mesti abah blom sempat ucap lagi ni :p) dengan ucapan yang sama seperti di atas. Sebagai tambahan, moga cepat bertambah cucu (eh, ni macam ucapan untuk aku ni!?). Moga Mak bahagia di samping suami tercinta, anak2 yang banyak ragam dan cucu yang dahsyat nakalnya tu (tapi tetap penghibur di kala duka tau). Hahahaha....

Ketiga, kepada adinda Zaini (adik ipar) yang menyambut birthday ke-26 pada 18 Oktober ni (Nie, btol ke tarikh ni? Kalo silap, Kak Yati ko la yang silap. Lalalalala....). Ucapan spt di atas kecuali part yang cucu tu la... :p

**Pause kejap**
Teringat masa kecil2 bila mak dan abah suruh hantar kad raya kepada pakcik2 dan makcik2. Masa tu, untuk makcik2 yang lebih tua daripada abah/mak, tulisan kat kad & sampul surat berbunyi "Kehadapan kekanda [e.g.] Kamaliah sekeluarga" manakala untuk pakcik2 yang lebih muda daripada abah/mak ditulis "Kehadapan adinda [e.g.] Salleh sekeluarga". Awalnya mmg tak boleh terima la sbb kenapa makcik kekanda, pakcik adinda pulak. Tapi lama-kelamaan, kami mulai faham <= entah kenapa pulak benda ni pun nak cerita :-)


Gambar tahun lepas celebrate birthday di rumah Mak Ngah ketika Hari Raya (p/s: Cikgu Badar yang baju hijau tu, Cik Par yang berbaju biru sambil buat sign 'peace')

Seperti biasa, hadiah nanti kami pos ye? Tak beli lagi nih (erk, masa bulan 8 pun aku cakap camni gak, tapi tak sampai2 pun hadiahnya! Hehehe... Ada2, tak pos jer lagi). Sementara nak tunggu hadiah tu, terimalah buah tangan daripada jurukamera tak bertauliah dan dibintangi oleh pelakon kanak2 yang tidak asing lagi dalam drama pendek bertajuk "Oopsss! Mana seluarnya?" yang dijangkakan bakal menggondol hadiah di Anugerah Skrin tahun hadapan.

Sinopsis drama: Irfan menyanyikan lagu pada kawanan harimau (patung). Kemudian, dia meluru untuk menutup pintu bilik sebelum terbongkang tanpa disengajakan (aduh, sakit kepala heroku!!!). Ketika kembali untuk memeluk harimau2 tersebut, dia terdengar bunyi sesuatu dari luar rumah seraya memalingkan muka dan menyebut "helikopter!". Irfan seterusnya meninjau2 ke luar untuk melihat helikopter tersebut. Drama ini diakhiri dengan aktiviti mengeluarkan baju sehelai demi sehelai daripada kabinet. Ketika ini, kedengaranlah "Ipan ni", "mine", "abi", "it's Irfan's", "it's abi's" diungkapkan daripada mulutnya. Rakaman terpaksa dihentikan sejurus melihat makin banyak baju yang dikeluarkannya. Amaran keras: Sila abaikan pemandangan katil yang belum dikemas itu. Memang sengaja dibuat begitu supaya dramanya lebih 'hidup' dan kontroversi.

Saturday, October 10, 2009

Hitam Putih Kehidupan

Hari Jumaat yang lepas, childcare Irfan mengadakan photo shooting session untuk parents dan anak2. Mmg la asalnya kami dah diberitahu pasal photo shooting tu tp pada hari yang dimaksudkan kami mmg dah terlupa. Sbbnya, 2 hari sblm tu tak jadi hantar Irfan sbb amaran tsunami. Sehari lepas tu, Irfan plak selesema, so mmg tak hantar. Tu yang buat terlupa (ye lah, banyak benda lain nak kena ingat. Hehehe). Tau2 bila tiba childcare, ada pancaran2 flash dan ketika itulah aku teringat yang hari tu ada photo shooting. Mak aiiii... dah la pakai 'yang ado!' jer. Tp takpe lah, gambar punya pasal, posing tetap posing.

3 hari lepas, kedai tu hantar samples black n white kat kitorang (semua parents pun dapat, so takyah nak perasan :p). Kot2 la nak order. So, aku yang semulajadi tak kreatif ni, apa lagi? Terus la mencapai scanner dan buat apa2 yang patut. Since samples tu berserta reference numbers, maka ada la sebahagian gambar yang tetiba terputus di badan, di lengan, di kaki, di perut dsb. Hahahaha.... Masa ambil ni Irfan masih moody lagi. So, tak senyum la mamat sorang tu....



Selepas kami beredar, aktiviti tersebut masih lagi berjalan. Pada ketika itulah Irfan dah mula ceria, maka terhasillah gambar2 berikut...

Oopsss... nampak pampers la!


Ni mesti kes tgh menari ala2 Backstreet Boys :D


Huh, kenapa lubang hidung auntie yang amik gambar ni besar cam lubang hidung abi?


Nie nak main ragbi ke basketball ni?

Saturday, October 3, 2009

Sesenduk Nasi Minyak, Seketul Ayam Masak Merah - Part II (... dan Air Mata)

Bab 1 - Pre-majlis
Irfan yang keletihan.
Maklumlah, dah sepagi berlari2 di Railway's kitchen, apa lagi? Balik rumah, teruslah terbongkang atas couch. Masa pakaikan baju raya pun masih tidur lagi.


Dengan songkok yang diletak semata2 nak ambil gambar punya pasal


Masih lagi tidur on the way nak pergi majlis




@ 'unofficial' stroller parking space => pun masih tidur lagi


Tetamu pula mula memenuhkan segenap ruang dewan....



Belum ramai lagi nih...

...menanti saat menikmati makanan yang sedia terhidang di atas meja



Wah, nampak sedap! Kalau Irfan, mesti dah sebut "Yummy...!!!" sambil angguk2 kepala




Rupa kurma daging yang telah dimasak di Railway's kitchen. Ada juga yang bawa pot luck. Mekasih....


Makanan yang antaranya tak sempat pun nak jamah. Kenyang punya pasal!


... dengan disapa senyuman mesra penjaga meja makan. Apa??? Penjaga meja makan? Ye ler.... :p



Masa mula2 amik gambar donat kat atas tu macam ada dua puluh. Tetiba tinggal 19. Kenapa yer?

Bab 2 - Majlis
Majlis pun dimulakan.... koleksi gambar2 penguasa pentas. Hehehehe....

Dari atas (kanan):
"Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah kuih semperit lebih tradisional drpd kuih tart" - Emcee (Yana)
"Berdirinya saya di sini adalah untuk menyokong tajuk perbahasan kita..." - Penghulu City (Kamarul)
"Saya ingin membangkang sekeras-kerasnya dan mencadangkan bahawa..." - Presiden (Anas)
"Adik2 semua kena cari kuih semperit, kuih tart, kuih baulu kalau nak dapat hadiah, ok?" - AJK2


Masa yang dinanti2kan pun tiba. Apa lagi? Makan laaaaaa....



En. Piah (baju cream) selaju halilintar menerpa ke meja. Hehehe...




Sorang satu senduk nasi dan seketul ayam jer yer... Hahaha...


Cikgu Nida (baju maroon <= btol ke warna ni?) yang mungkin tengah memikirkan empat rangkap pantunnya.... :-)




Irfan tetap tidur sambil ummi menikmati ayam masak merah masakan sendiri


Ish, takkan la Irfan tu tido jer sepanjang majlis? Dak eh.... Bangun dah tu...

Tengah fikir "Kat mana lagi aku nak lompat2 ni?"




Sempat gak tangkap Irfan nak ambil gambar. Kalau tak ntah mana2 dah lesap


Tgk la tu. Lari sampai kaki tak jejak lantai hah


Laaaa....makan2 jer ker? Aktiviti lain takde ker? Ish, ada la! Treasure hunt untuk kanak2, berpantun dan juga yang ini...



Team "Bahasa Isyarat" MAPSA City. Siap ada pom2 lagi.... (i.e. Adelia, Mukmin, Humaira)




Time ni aku kesian betul ngan Ajak. Dah bagi clue 'baik punyer' pun, tak dapat gak tiga org ni nak jawab :p


Pemenang2 dihadiahkan hamper atau sijil. Eh, Irfan menang apa plak tu? Ha, jgn tak tau. Anugerah "Pasangan Tak Sengaja". Pasangan? Dgn siapa? Tu yang sebelah Penghulu tu... Hehehe... Kompem senang nak masuk universiti nanti sebab kecik2 dah dapat sijil.



Ummi terpaksa naik pentas untuk control Irfan. Tengoklah, samping, kasut, stokin semua dah takde


Akhirnya, gambar yang paling kontroversi. Disebabkan gambar ini aku ditohmah macam2. Nak tau apa? Diorang kata aku gemuk la, obese la, macam dinasour la (sbb tu Irfan nampak meronta2). Diorang tak tahu...sebenarnya itu hanyalah camera trick. Ditambah dgn penataan cahaya yang kurang profesional dan keadaan dewan yang sedikit berangin (lalu mengembang2kan baju Melayu yang aku tengah pakai tu). Tapi tak mengapalah. Rambut sama hitam, hati lain2 <= Takde kaitan pun peribahasa ni dgn isu yang sedang dibangkitkan :p



Bab 3 - Post-majlis
Oh, maaf. Selesai sajer majlis, jurukamera terus bersara. Tiada gambar yang diambil sbb masing2 pun dah comot. Lagipun, jurukamera keletihan sbb bangun awal pagi untuk menemani isteri menggoreng ayam dan memotong bawang. Teman jer... Hehehe...

Buat akhirnya, sekali lagi, kami ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Terima kasih kepada semua yang hadir dan turut sama memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga juga khususnya kepada team Ayam Masak Merah, dan umumnya kepada semua ahli MAPSA City atas segala sumbangan tenaga, idea, gelak ketawa dan sebagainya. Moga Allah membalas jasa kalian semua. Terima kasih juga kepada yang menjemput kami beraya di rumah terbuka masing2. Oh ya, kenapa pula part ni dinamakan "...dan air mata" pulak? Sbbnya, masing2 yang mencuba/menjamah/melantak ayam masak merah pada petang tu menangis sbb kepedasannya yang membakar lidah! Hahaha... Peliknya, bila tapau balik rumah, tak pula sepedas macam makan di majlis tuh. Hmmm...taktik tak nak bagi makan banyak2 ker? Hehehe...

Disclaimer: Segala dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

p/s: Chelsea vs Liverpool sok! Seram2... Kenapa plak seram? Sbb hari Isnin ada presentation. Kalau Chelsea kalah lagi, mesti affect presentation aku. Mesti markah nanti teruk. Camne nak dapat B+ camni? Huhu...

Sunday, September 27, 2009

Sesenduk Nasi Minyak, Seketul Ayam Masak Merah - Part I (Hell's Kitchen)

Di pagi yang tenang, 27 September 2009, kelihatan segerombolan manusia berkumpul di Railway's kitchen untuk bertarung dalam menentukan nasib mereka di "Hell's Kitchen: Auckland". Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan telah ditentukan menu yang perlu dimasak. Pemenang akan berjaya menyediakan hidangan utama untuk tetamu MAPSA Raya Gathering 2009.

Kumpulan 1: Ayam Masak Merah

Ina: Aisyah, salah potong bawang tu. Kan dah janji nak potong zig-zag!
Yati: Zig zag? I ingatkan nak potong ada ropol2? Barulah raya!
Aisyah: (dalam hati) Ish, diorang perasan tak ni ada camera? Control2...


Ewah, kacau jangan tak kacau... Boleh sign contract "Ketuk2 Ramadhan" habis PhD nanti


Ramai2: Jemputlah makan Ayam Masak Merah Kota Pelayaran ini :p


Kumpulan 2: Nasi minyak

Tu diaaa... Daripada gaya tangan jer dah tau Pok Din tu pengurus nasi minyak


Halim: Ajak, ko bubuh apa dalam nasi tu tadi?
Razak: Ala, setitis dua minyak pengasih jer... Bukan luak pun!


Nazli sedang memberikan taklimat kepada quality controller yang hadir dgn botol susu


Kumpulan 3: Gulai daging

Apa yang cam lawak sangat tu? Nak masuk raja lawak ker?


Aik, yang paling kiri tu macam tersalah group jer? Hahahaha... Sos cili kimball tuuuu....

Pemenangnya? Semua adalah pemenang. Tiada yang pengalah (Chong, 2003). Semuanya layak untuk menyediakan hidangan utama kepada tetamu yang hadir. Saksikan kesudahannya dalam Part II "Sesenduk Nasi Minyak, Seketul Ayam Masak Merah" untuk aksi-aksi yang lebih gempak, hangat, mengagumkan, mendebarkan dan sebagainya.

Di samping itu, ada juga yang...


..."Once upon a time..." <= menjaga anak-anak kecil


...snap, snap, snap <= Mengambil gambar


... tetap menyibuk nak masuk dalam gambar (aiseh, macam nak kena register Yun Nam Hair Care dah)


Tapi yang ini, tukang masak pun bukan, tukang potong bawang pun bukan, tukang beli bahan2 nak masak apatah lagi. Walaupun begitu, tetap paling busy pagi itu. Nak tau busy dengan apa?

Melihat kawanan semut berjalan di atas lantai


Tak dapat naik kuda, peluk patung kuda ni pun jadilah


Mana abi ni? Janji nak main sorok2...


Cepatlah abi, kejar Irfan naik tangga ni! Abi tu kan dah nak masuk tahap obese...

p/s: Bila guna tajuk entry panjang2 cam ni, teringat pulak tajuk2 lagu zaman dulu yang panjang sampai semput nak menyebutnya, termasuklah Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara (Mega), Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram), Bila Rindu Ku Sebut Namamu (Siti Fairuz), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UK's) :D